PERHATIAN: EDITOR
Pautan kekal: https://www.state.gov/malaysias-national-elections/
25 November, 2022
Bagi pihak Amerika Syarikat, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas pilihan raya yang dijalankan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berjuta-juta pengundi Malaysia yang membuang undi, ramai yang buat pertama kali, menjadikan pilihan raya umum ke-15 sebagai demonstrasi kuasa demokrasi.
Amerika Syarikat dan Malaysia telah menjalin hubungan yang kukuh – perkongsian yang komprehensif – yang berakar umbi dalam hubungan ekonomi, rakyat dengan rakyat dan keselamatan yang rapat. Kami berharap untuk mengeratkan persahabatan dan kerjasama kita berdasarkan prinsip demokrasi yang dikongsi dan menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, berhubung, makmur, selamat dan berdaya tahan.