Siaran Akhbar: Pilihan Raya Umum Malaysia

KENYATAAN OLEH HEATHER NAUERT, JURUCAKAP
9 Mei 2018

Pilihan Raya Umum Malaysia

Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas penyertaan mereka dalam satu kempen pilihan raya yang sengit. Rakyat Malaysia daripada pelbagai parti, negeri, dan latar belakang dengan jumlah yang besar telah melibatkan diri secara penuh semangat dalam proses pemilihan yang dijalankan secara aman.

Kami mengharapkan semua institusi akan menyempurnakan fungsi dan tugas mereka untuk menghasilkan dan melaksanakan keputusan rasmi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan kehendak rakyat.