Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara (SEAYLP) Malaysia 2018

Kepimpinan Remaja Asia Tenggara (SEAYLP) adalah program pertukaran A.S. selama tiga minggu untuk
pelajar sekolah menengah (15-17 tahun) dan mentor dewasa dari negara anggota ASEAN, yang dibiayai
oleh Biro Pendidikan dan Kebudayaan Jabatan Negara A.S.
SEAYLP memupuk persefahaman, penghormatan, dan penglibatan sivik dalam kalangan orang muda
Amerika dan rakan sebaya antarabangsa mereka. Melalui program pertukaran ini, pelajar dan pendidik
mengambil bahagian dalam bengkel, aktiviti khidmat masyarakat, latihan berpasukan, pertemuan
dengan pemimpin masyarakat, pembangunan kepimpinan, dan hidup bersama keluarga Amerika.
Apabila pulang ke tanah air, pelajar menggunakan apa yang telah mereka pelajari untuk melaksanakan
projek yang memenuhi keperluan masyarakat mereka.
Pada tahun ini, lima pelajar dan seorang mentor dewasa akan menyertai SEAYLP pada bulan April di
Universiti Northern Illinois (NIU), Dekalb, dengan lawatan belajar ke Chicago dan Washington, D.C.


Rumi bin Muhammad Juhari, Pelajar
Selangor
SMK Abdul Jalil, Hulu Langat

Kesempatan ini hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Saya mahu mengalami kehidupan di sisi lain. Masyarakat, sains, teknologi, sekolah, budaya, makanan, perkhidmatan, minda, idea, cuaca dan segala yang lain. Ia akan membuka mata saya dan saya bersedia untuk bekerjasama dengan semua orang dari latar belakang berbeza.


Shreevany Mukudan, Pelajar
Selangor
SMK Taman Desaminium

Menjadi pemimpin adalah perkara penting bagi saya kerana saya ingin mengubah atau membantu meningkatkan pemikiran rakyat Malaysia dalam aspek-aspek tertentu seperti menyedarkan mereka betapa mudaratnya penyakit mental dan betapa pentingnya mengurangkan jurang jantina serta memastikan semua orang di Malaysia mempunyai tempat untuk dipanggil kediaman.


Keisha Wee, Pelajar
Kuala Lumpur
Inspired Minds Academy

Saya percaya bahawa program ini akan membuka pintu kepada peluang baharu. Saya juga percaya bahawa pengalaman mendalam dan praktikal yang ada akan membantu membentuk jati diri saya dan peribadi saya sebagai seorang penulis. Cara terbaik untuk belajar adalah dengan mengalaminya sendiri.


Linus Theo Dengah, Pelajar
Selangor
HELP International School

Saya tidak sabar untuk bertemu dengan kenalan baharu dari negara yang berlainan dalam program pertukaran ini dan berkongsi pandangan dan budaya dunia.


Noor Aleeka Mohamed Mokhti, Mentor Dewasa
Selangor
Pegawai Psikologi Selangor

Saya berharap untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru mengenai program yang berkaitan dengan belia/pembangunan belia. Ini dapat membantu saya memberi tambah nilai kepada program yang saya lakukan dalam persekitaran saya. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi melalui SEALYP, saya dapat menjangkau anak muda tempatan dengan menyuntik tenaga dan semangat baharu serta meningkatkan kesedaran mereka tentang isu sosial remaja.


Parvina Preyah Muniandy, Pelajar
Selangor
Bukit Rahman Secondary School, Sungai Buloh

Program ini akan memberi saya kekuatan untuk mengukuhkan diri melalui pembelajaran serta pertukaran idea dan maklumat dengan peserta dari negara yang berbeza. Seterusnya ia akan memberi pemahaman tentang kepimpinan demokratik yang diamalkan di negara besar Amerika Syarikat.