Flag

An official website of the United States government

Perutusan Setiausaha Blinken sempena Hari Kebangsaan Malaysia
2 MINIT DIBACA
Ogos 31, 2023

Kenyataan Akhbar
Setiausaha Negara, ANTONY J. BLINKEN
English: https://www.state.gov/malaysia-national-day-3/

Bagi pihak Kerajaan Amerika Syarikat, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia bersempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos.

Amerika Syarikat menghargai jalinan persahabatan serta kerjasama yang yang terjalin dengan Malaysia sejak 66 tahun lalu. Bersama-sama, kita telah mengeratkan hubungan dua hala melalui perkongsian nilai bersama serta hubungan ekonomi, keselamatan dan hubungan antara rakyat yang mendalam dan menetapkan asas untuk masa depan yang makmur dan stabil. Kami berharap agar perkongsian dan kerjasama yang sedia terjalin dapat diteruskan pada masa hadapan sambil kita bekerjasama untuk memastikan rantau Indo-Pasifik yang aman dan berdaya tahan.

Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia bersempena Hari Kebangsaan anda

###