KENYATAAN AKHBAR
ANTONY J. BLINKEN, SETIAUSAHA NEGARA
30 OGOS 2021
🔗 Pautan tetap: https://www.state.gov/malaysia-national-day/
Bagi pihak Amerika Syarikat, saya mengucapkan salam sejahtera kepada rakyat Malaysia pada hari Hari Kebangsaan anda pada 31 Ogos.
Selama 64 tahun kemerdekaan Malaysia, kedua-dua negara kita telah menjalin perkongsian yang kukuh berdasarkan pada hubungan rakyat dengan rakyat, ekonomi, dan keselamatan. Kami berharap dapat mempererat persahabatan, terutama ketika kita bekerjasama dalam usaha vaksinasi global untuk mengatasi pandemik COVID-19. Bersama-sama, kita akan terus maju ke arah tujuan bersama kita iaitu Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Kami mengucapkan tahniah dan menyampaikan ucapan selamat untuk kedamaian, kesihatan, kemakmuran, dan kebahagiaan semasa Malaysia meraikan perayaan yang menggembirakan ini.