
Duta Besar Amerika Syarikat Joseph Yun menyambut 100 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright di kediamannya di Kuala Lumpur dalam majlis resepsi sebelum mereka berlepas ke sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof turut menghadiri majlis ini.
Kesemua 100 anak muda Amerika ini akan menghabiskan masa setahun untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah di Terengganu, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan dan Perlis. Mereka semua teruja untuk belajar tentang budaya Malaysia dan membina persahabatan baharu tahun ini!