Majlis Anugerah Fulbright

Deputy Chief of Mission Mr. Edgard Kagan (third from right) with Mr. Tan Win Son (right) and Dr. Mohammad Faizal Ahmad Fauzi (second from left), the Malaysian recipients of the inaugural Fulbright-MCMC grant. (U.S. Embassy photo)
DCM Edgard Kagan berucap di majlis penyampaian anugerah. (Forto Kedutaan A.S.)
DCM Edgard Kagan berucap di majlis penyampaian anugerah. (Forto Kedutaan A.S.) 

Enam belas rakyat Malaysia secara rasmi menerima geran Fulbright dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) pada 21 Jun 2016. Geran pendidikan Fulbright berprestij ini memberi biasiswa kepada pelajar, sarjana, guru, dan profesional untuk melanjutkan pelajaran peringkat tinggi, membuat penyelidikan lanjutan, mengajar di universiti dan sekolah rendah dan menengah di Amerika Syarikat.

Penerima Fulbright diletakkan di pelbagai universiti di seluruh A.S.  Institusi ini dipilih dengan teliti untuk memenuhi kepentingan kajian niche sarjana.  Penerima Fulbright yang baru ini diterima masuk ke universiti Amerika seperti Universiti Harvard, Columbia, California dan Boston.

Sebelum menerima anugerah masing-masing, penerima Fulbright dan hadirin lain berpeluang mendengar alumni berkongsi cerita mengenai pengalaman mereka di Amerika.  Dato’ Mazlan Othman, ahli astrofizik pertama Malaysia, berkongsi pengalaman Fulbright beliau ketika terlibat dengan Jawatankuasa mengenai Sains Angkasa dan Teknologi Dewan Perwakilan Amerika di Amerika Syarikat.  Kuek Ser Kuang Keng bercakap mengenai menamatkan ijazah sarjana di Universiti New York dan latihan praktikal di Google.  Suthen Thomas menyatakan tentang rasa syukur dan bertuahnya apabila dapat meneruskan minatnya dalam Kajian Dasar Awam dengan biasiswa Fulbright, walaupun pendidikan dan latar belakang beliau dalam pembangunan perisian.

Edgard Kagan, Timbalan Ketua Perwakilan (DCM) Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur, juga memberi ucapan di majlis tersebut.  Kagan bercakap mengenai Program Fulbright yang dapat mengukuhkan hubungan dua hala A.S.-Malaysia dan memuji kerja yang dilakukan oleh MACEE.  Kagan memberitahu audiens tentang hasil luar biasa daripada program pertukaran seperti Fulbright yang menggalakkan semangat muhibah antarabangsa dan meningkatkan persefahaman.

DCM Edgard Kagan bersama penerima anugerah. (Foto Kedutaan A.S.)
DCM Edgard Kagan bersama penerima anugerah. (Foto Kedutaan A.S.)

Anugerah Fulbright 2016 adalah sesuatu yang berharga kerana sarjana menerima geran Sarjana Fulbright-SKMM yang baru diwujudkan.  Geran Fulbright-SKMM telah dianugerahkan kepada tiga penerima yang terdiri daripada 2 rakyat Malaysia dan 1 rakyat Amerika.  Geran Fulbright-SKMM ditaja bersama oleh Fulbright dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.  Geran diberikan kepada sarjana yang berminat untuk membuat penyelidikan lanjut dalam bidang Komunikasi, Sains Komputer, Kejuruteraan, Sains Maklumat, atau Undang-Undang.

Dua orang penerima Program Sarjana Fulbright-SKMM akan pergi ke Amerika Syarikat pada akhir tahun ini.  Dr. Mohammad Faizal Ahmad Fauzi dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) akan melanjutkan penyelidikannya dalam Bioperubatan Informatik di Universiti Ohio State dan Tan Win Son, akan meneroka Sains dan Analitik Data Besar di Universiti Arizona State.

Lawati www.macee.org.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Fulbright dan meneroka peluang biasiswa tambahan di Amerika Syarikat.