Pengarah Teknologi U.S. Mengujakan Usahawan Malaysia

Deborah Magid with Pitch Night participants. (U.S. Embassy photo)

Sebagai persediaan menyambut Minggu Keusahawanan Global, Bahagian Perhubungan Awam Kedutaan A.S. menjemput Deborah Magid, Pengarah Strategi Perisian Venture Capital Group IBM untuk memberi ceramah.  Program selama seminggu (23 Oktober – 3 November) ini merangkumi lawatan ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching.  Dalam lawatannya, Magid berjumpa dengan hampir 500 usahawan, pereka, pakar industri, ahli akademik, pegawai kerajaan, dan pelajar.  Antara program yang dijalankan adalah pertandingan dan bengkel YSEALI Pitch Night yang dianjurkan oleh Sudut Amerika di Kuala Lumpur.  Program ini menampilkan juri jemputan dari Washington iaitu Timbalan Penolong Setiausaha DC bagi Asia Tenggara, W. Patrick Murphy.  Sepanjang masa beliau di sini, Deborah berinteraksi dengan usahawan syarikat tempatan baharu dan berkongsi maklum balas dan pandangan beliau.  Kehadiran beliau juga menarik minat pemain industri lain seperti IBM, Microsoft, Girls-in-Tech, serta agensi kerajaan seperti MaGIC, kerajaan negeri Sarawak dan MaGICX, yang ditubuhkan dengan menggunakan model MediaX di Universiti Stanford.  Program Deborah mendapat liputan media di seluruh negara dan membuka laluan baru untuk peserta membina ekosistem keusahawanan yang berdaya maju di Malaysia.08