Flag

An official website of the United States government

Tenaga pengajar bahasa Inggeris Angkatan Tentera Malaysia mempelajari metodologi pengajaran
baharu dan alat digital melalui program Pakar EL maya.
2 MINIT DIBACA
Mac 31, 2021

Virtual English Language Specialist Michael Herndon shares and describes the SMART teaching framework to the MAF language instructors

Pada 11 Mac, 15 tenaga pengajar bahasa Inggeris Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menyelesaikan kursus dalam bengkel kemahiran pengajaran instruksional maya selama 4 minggu yang dipimpin oleh Pakar Bahasa Inggeris Michael Herndon. Sepanjang program itu, semua peserta berpeluang mempraktikkan metodologi pengajaran baharu mereka melalui demonstrasi pengajaran. Berdasarkan tinjauan penilaian yang dijalankan, 100% peserta sangat setuju bahawa aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini sangat berguna untuk pengajaran mereka; majoriti mendapati latihan itu berguna dalam mempersiapkan mereka untuk mengajar bahasa Inggeris. Secara keseluruhan, para peserta menganggap kursus ini menyeronokkan dan menarik. Mereka juga mengulas bahawa pengajar mengendalikan kelas dalam talian secara mahir dan memenuhi jangkaan pegawai. Projek ini diakhiri dengan ucapan daripada Pegawai Hal Ehwal Budaya Katherine Diop dan Lt. Kol. Izani Junoh, Pegawai daripada ATM yang menekankan hasrat untuk meneruskan kerjasama pada masa akan datang.