Lebih 350 pelajar bersiap sedia untuk belajar di Amerika!

Photo of a man speaking to students
Naib Konsul Bon Fleming menjawab soalan daripada pelajar. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 13 Januari, lebih 350 pelajar telah mengambil bahagian dalam bengkel sehari ‘See YOU in the USA’ yang dianjurkan oleh Kedutaan A.S., Suruhanjaya Malaysia Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE), dan Kolej INTEC di Shah Alam.  Penasihat MACEE Manyoke Moke membimbing pelajar menulis kenyataan peribadi dan berbincang strategi untuk menjadi pelajar antarabangsa yang berjaya.  Penerima anugerah Fulbright Claire Cravero memberikan pandangan mengenai kehidupan di kampus Amerika dan Naib Konsul Kedutaan Amerika Syarikat Bon Fleming menjelaskan proses permohonan visa dan prosedurnya.  Semua pemberi taklimat menjawab soalan mengenai pelbagai topik termasuk cuaca di Amerika Syarikat, acara kebudayaan dan pembaharuan visa.  Suzana Meor, Ketua Program American Degree Foundation menyuarakan minatnya untuk meneruskan program yang sama untuk kumpulan pelajar seterusnya yang akan mendaftar pada bulan Julai 2015.  Pelajar menerima salinan Penerbitan IIP bertajuk “Destination America”, serta risalah dari Pusat Sumber Lincoln dan EducationUSA.