Ulang Tahun ke-10 Sudut Lincoln Kuala Lumpur Disambut Meriah

A Section of the Celebrants at the Lincoln Corner Kuala Lumpur. (U.S. Embassy photo)
Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Michael Quinlan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Kuala Lumpur Dato’ Seri Matshah Safuan meninjau pameran foto. (Foto Kedutaan A.S.)

Sudut Lincoln Kuala Lumpur menyambut ulang tahun ke-10 dengan meriah melalui program dua hari pada 21-22 Oktober.  Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Kedutaan A.S. dan Pengerusi Lembaga Perpustakaan KL mengucapkan tahniah kepada Sudut Lincoln di hadapan 120 pelajar kolej dan universiti, pegawai kerajaan, pustakawan dan orang ramai, sambil mengimbas pencapaian selama sedekad sudut tersebut.  CAO memperkenalkan Felo Bahasa Inggeris ASEAN, Alan Corbin kepada tetamu dan mengumumkan bahawa Corbin akan memimpin pengendalian Kursus Dalam Talian Massive Open Online Course (MOOC) untuk pengunjung Sudut Lincoln.  Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran foto yang menyorot jalinan sepanjang 10 tahun yang terbentuk melalui program Sudut Lincoln.  Majlis dimeriahkan dengan persembahan muzik jaz oleh pasukan pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Di samping itu, 80 pelajar menyertai program “Night at the Library” dengan menonton wayang A.S. dan mengambil bahagian dalam program lain yang dikendalikan oleh pustakawan dan ahli akademik.

Sejak Sudut Lincoln dibuka pada tahun 2005, orang ramai dapat mengambil bahagian dalam banyak program seperti pengayaan bahasa Inggeris, sains dan teknologi, seni dan sastera yang dikendalikan pakar dari Amerika dan alumni program pertukaran.  Di samping itu, ribuan bahan perpustakaan A.S. yang berkualiti tinggi, dokumentari dan filem dalam bentuk DVD, iPad, Kindle serta akses kepada maklumat portal E-Library USA telah disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara A.S.