Sudut Lincoln Kedah Rai 10 Tahun dengan Aktiviti Menarik

Fulbright ETAs lead a game of cards during the Lincoln Corner Kedah’s 10th Anniversary celebration. (U.S. Embassy photo)

Pada 26 Februari, kira-kira 300 hadirin, termasuk Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA), peserta program Pertukaran dan Pendidikan Belia Kennedy Lugar (YES), alumni program pertukaran kerajaan Amerika Syarikat, pegawai kerajaan tempatan, pendidik dan pelajar berkumpul untuk meraikan ulang tahun ke-10 Sudut Lincoln Kedah.  Acara ini dirasmikan bersama oleh Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Kedutaan AS Kuala Lumpur Michael Quinlan dan Pengerusi Sudut Lincoln Kedah, Y.B. Dato’ Aminuddin Omar.  Sudut Lincoln Kedah bekerjasama dengan lebih 20 organisasi tempatan, termasuk NGO, untuk menawarkan program “Hari Terbuka” dua hari yang dipenuhi dengan aktiviti untuk orang ramai.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah program bahasa Inggeris untuk pelajar dan guru-guru yang dipimpin oleh ETA dan Felo Bahasa Inggeris, ceramah mengenai keusahawanan oleh ahli Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), dan tayangan filem Star Wars.