Sudut Lincoln Kuala Lumpur Menjadi Hos Untuk Profesor Sekolah Harvard Kennedy

Professor Kenneth Winston expounding on ethics. (U.S. Embassy photo)
Pelajar teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang etika professional. (Foto Kedutaan A.S.)
Pelajar teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang etika professional. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 11 Ogos, Kenneth Winston,  seorang profesor yang telah bersara dari Sekolah Harvard Kennedy, bercakap di hadapan kira-kira 160 pelajar universiti, ahli akademik, golongan profesional dalam bidang perniagaan, pegawai kerajaan, dan ahli Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) mengenai topik, “Mendidik Pemimpin Baharu Muncul: Etika dalam Kehidupan Awam dan Profesional” dalam ceramah yang dianjurkan oleh Sudut Lincoln KL, Pusat Kepimpinan Asia, dan Kedutaan Amerika Syarikat.  Profesor Winston membimbing peserta untuk lebih memahami peranan etika dalam membuat keputusan untuk kehidupan harian.  Beliau memberi beberapa contoh mengenai etika dalam bidang pendidikan, perniagaan dan kewangan, perubatan, kewartawanan, politik, dan undang-undang.  Semasa sesi soal jawab, Profesor Winston berkata pemimpin baharu yang muncul perlu mempertimbangkan cabaran dan sistem nilai yang bercanggah dalam mengamalkan etika “amalan terbaik.”