Remaja Johor Tunjuk Kreativiti Di Sudut Lincoln

Participants try programming a robot (U.S. Embassy photo)

Pada 27 Ogos, Sudut Lincoln Johor telah menganjurkan program Makerspace pertama mereka untuk orang ramai. Sudut Lincoln bekerjasama dengan syarikat Malaysia MY-Robot Education Center untuk melaksanakan program yang memberi tumpuan kepada memperkenalkan bidang robotik dan percetakan 3D kepada golongan remaja. Lebih 150 pelajar sekolah menengah, pelajar kolej, pendidik, pustakawan, dan pengguna perpustakaan mengambil bahagian dalam acara selama setengah hari ini. Jacky Tan, seorang wakil daripada MY-Robot, memulakan program ini dengan pembentangan bertajuk “Maker and Robotik”. Pembentangan Tan menyentuh cara pencipta dan syarikat baru mula mencipta prototaip menggunakan pencetak 3D dan menjual produk mereka kepada pelabur dan mempamerkan fokus Presiden Obama mengenai “Makers”. Pembentangan menunjukkan video yang menjelaskan asal-usul Makey-Makey dan 3Doodlers dan bagaimana alat ini dibawa masuk ke pasaran.

Peserta program menerima latihan praktikal dengan peralatan mencipta yang disediakan oleh MY-Robot dan Sudut Lincoln. Peserta belajar cara memprogram robot menggunakan aplikasi telefon pintar, menggunakan kekonduksian dalam buah-buahan untuk mencipta muzik asal dengan Makey-Makey, dan mencipta ukiran kecil dengan 3Doodler.