Kursus Pendek Bola Keranjang NBA Cares bersama Jurulatih Craig Brown dan Steven Adams daripada Oklahoma City Thunder

A big Hoorah from everyone at the end of the hour long clinic. (U.S. Embassy photo)
Sesi memanaskan badan bersama Ketua Jurulatih Junior NBA sebelum latihan. (Foto Kedutaan A.S.)
Sesi memanaskan badan bersama Ketua Jurulatih Junior NBA sebelum latihan. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 4 Ogos 2016, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dengan kerjasama Jr. NBA menjalankan Kursus Pendek Bola Keranjang NBA Cares untuk pelajar dari Maahad Tahfiz Fatimah Az-Zahrah.  Seramai 53 pelajar antara 8-12 tahun telah menyertai kursus ini yang yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Jr. NBA, Craig Brown, bersama pemain NBA Steven Adams dari Oklahoma City Thunder.  Kursus yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga dihadiri oleh Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan A,S,, Frank Whitaker.

Sepanjang kursus ini, pelajar belajar tentang asas permainan bola keranjang.  Mereka mengambil bahagian dalam aktiviti yang diketuai oleh Jurulatih Brown dan Steven Adams untuk meningkatkan kemahiran kawalan bola, pertahanan, menjaring dan kerja berpasukan.  Untuk menambah keseronokan semasa kursus, Burnie, maskot pasukan Miami Heat, membuat penampilan dan menyertai pelajar dalam latihan mereka.  Dalam kursus ini, nilai asas Jr. NBA seperti kesukanan, kerja berpasukan, sikap positif, dan rasa hormat juga diterapkan melalui aktiviti.

Kursus bola keranjang ini adalah sebahagian daripada inisiatif NBA Cares, program tanggungjawab sosial yang dibangunkan oleh tradisi NBA dalam menangani isu sosial utama di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

Kursus pendek bola keranjang ini adalah hasil langsung daripada kerjasama Kedutaan dengan Jr. NBA. Melalui Inisiatif NBA Cares, jurulatih Jr. NBA dan atlet NBA membabitkan diri dalam program belia di seluruh dunia.