Kyle Kondik Bercakap Tentang Pilihan Raya Presiden A.S. 2016

Kyle Kondik speaking to post graduate students, researchers and faculty members at a roundtable session hosted by the National University Malaysia, Institute of Occidental Studies. (U.S. Embassy photo)

Kyle Kondik, Pengarah Komunikasi di Pusat Politik, Universiti Virginia (UVA) dan Pengarang Urusan Sabato’s Crystal Ball, berada di Malaysia pada 19-26 Ogos 2016 untuk bercakap mengenai Pilihan Raya Presiden A.S. 2016 dan perkara yang berkaitan.  Semasa di Malaysia, beliau berucap di pelbagai universiti dan kumpulan pemikir di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Di Kuala Lumpur, beliau berucap di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Taylors, dan Institut Pulau Pinang di Kuala Lumpur.  Di Johor, beliau berucap di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kumpulan pemikir Bait Al-Amanah, dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.  Semasa di Pulau Pinang, beliau bercakap di Universiti Sains Malaysia (USM), Inti College Pulau Pinang dan Kolej Universiti KDU Pulau Pinang.  Secara keseluruhan, Kyle berjaya menjangkau lebih 500 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar Program Ijazah Amerika, pelajar lepasan ijazah, penyelidik, ahli politik, pembuat dasar, eksekutif kanan, dan orang awam.

Kedutaan Amerika mengatur temu bual dengan media tempatan Malaysia termasuk rangkaian berita Astro Awani, stesen radio BFM 89.9, New Straits Times, dan blogger Zan Azlee yang mengendalikan www.fatbidin.com.

Semasa sesi temu bual, Kyle menyentuh faktor yang membantu menentukan keputusan pilihan raya dan kesannya terhadap masa depan dasar polisi Amerika.  Beliau juga membincangkan tokoh utama dalam politik Amerika dan keadaan pendapat umum di Amerika Syarikat.  Selain bercakap mengenai prospek pilihan raya Presiden, Kyle turut menyentuh mengenai pilihan raya kongres dan kemungkinan keputusan pilihan raya itu.