Kolej Methodist Kuala Lumpur Belajar Tentang Proses Pengundian

Public Affairs Intern Amanda Whatley explains primary elections to MCKL students. (U.S. Embassy photo)

Pada 28 Jun, kakitangan Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat telah membuat pembentangan bertajuk “Perlumbaan ke Rumah Putih 2016” kepada 50 pelajar, ahli fakulti dan kakitangan di Kolej Methodist Kuala Lumpur.  Kebanyakan peserta merupakan pelajar dalam Program Pemindahan Ijazah Amerika (ADTP) di Kolej Methodist.  Program ini membolehkan pelajar untuk melengkapkan separuh daripada syarat untuk program ijazah di kolej dan melengkapkan syarat selebihnya di universiti pilihan mereka di Amerika Syarikat.

Sebelum pembentangan, ramai yang menanggap proses pilihan raya di Amerika Syarikat sebagai sesuatu yang rumit.  Kakitangan Kedutaan berkongsi kisah peribadi dan menjalankan pilihan raya presiden olok-olok untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang proses pilihan raya terutama mereka yang belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia.  Pelajar berdaftar untuk mengundi, mendengar calon bercakap dan mengundi calon.  Pada akhir pembentangan, kakitangan Kedutaan dan pelajar mengadakan sesi bersoal-jawab tentang proses pilihan raya di Amerika Syarikat.