Ketua Menteri Melaka Puji Hari Tech Green Sudut Lincoln

Photo of twomen shaking hands
Duta Besar menyampaikan hadiah penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka. (Foto Kedutaan A.S.)

Duta Besar Joseph Y. Yun dan isteri Dr. Melanie Billings Yun, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Fadillah Abdullah dan exco kerajaan negeri Melaka yang lain menghadiri majlis penutup Green Day Tech Sudut Lincoln Melaka pada 1 Jun.  Lebih 200 orang pelajar, guru, wakil kerajaan tempatan dan badan bukan kerajaan berkumpul untuk meraikan majlis tersebut.  Acara ini adalah salah satu daripada banyak inisiatif menyokong #GoGreenLah, acara berbasikal Duta Besar Yun dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di Malaysia.  Dalam ucapannya, Ketua Menteri berkata kerajaan Melaka menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Amerika Syarikat, melalui kedutaannya di Kuala Lumpur, untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda.  Sebuah kem sepanjang hari, yang dikenali sebagai Kem Belia MyHIJAU, menyaksikan 50 orang pelajar berumur 16-17 tahun dari lima buah sekolah menengah di Melaka menjalani latihan dalam bidang teknologi hijau.  Kem ini dikendalikan oleh satu pasukan dari Green Tech Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ahmad Hadri Haris, seorang ahli Alumni IVLP.  Terdapat juga 20 gerai pameran projek pelajar, dan lima gerai korporat termasuk dari syarikat Amerika di Melaka, AUN Sunpower.  Projek pelajar yang dipaparkan di gerai dipilih dari pertandingan inovasi hijau yang anjurkan oleh Sudut Lincoln selama sebulan bermula 1 Mei.  Acara ini mendapat liputan daripada beberapa media tempatan seperti Bernama, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily, dan Melaka Hari Ini.