Kerajaan A.S. Beri RM3 Juta Tambahan untuk Bantuan Banjir

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun hari ini mengumumkan bantuan kemanusiaan tambahan sebanyak RM3 juta daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk membantu mangsa banjir di pantai timur Malaysia.  Bantuan baru dalam bentuk bahan, program, dan bantuan teknikal dan akan dapat membantu penduduk di kawasan yang terjejas pulih daripada bencana itu dan membina semula kehidupan mereka.  Bantuan ini adalah tambahan kepada RM525,000 yang diumumkan Kedutaan Amerika Syarikat pada 2 Januari, dan akan melengkapkan kerja yang sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan badan bukan kerajaan tempatan.

Bantuan yang baru termasuk pelindung khemah, khemah, dan helaian plastik, dan juga dana untuk program air, sanitasi dan kebersihan. Di samping itu, pakar bantuan teknikal Kerajaan Amerika Syarikat tiba di Malaysia dan akan memberikan sokongan teknikal di tempat perlindungan dan tempat tinggal untuk Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan.  Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat meminjamkan modul kargo kepada tentera Malaysia untuk mengangkut bahan-bahan bantuan.  Kerajaan Amerika Syarikat juga akan memberi bantuan jangka panjang kepada Malaysia untuk ramalan ribut dan tebatan banjir.

Sejak bermulanya banjir, syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan pekerja mereka telah menyediakan wang tunai dan barangan sumbangan bernilai lebih RM1.1 juta.  Penyumbang termasuk ExxonMobil, Coca-Cola, Mondelez, Pfizer, Johnson & Johnson, TBWA, HP, dan Smart Modular Technologies. Sokongan ini termasuk 70,000 makanan kecemasan, air, lampin, kit kebersihan dan perkhidmatan pengangkutan udara.  Proctor & Gamble, Novartis, Pfizer, DaVita, dan Abbot merancang untuk menderma bekalan perubatan dan kesihatan bernilai lebih daripada RM50,000 untuk menyokong masyarakat yang terjejas.  Ini termasuk cecair IV, ubat penahan sakit, antihistamin, dan paket pembersihan air kecemasan.