Kenyataan Setiausaha Akhbar Tentang Lawatan Presiden Ke Asia Pada April Ini

RUMAH PUTIH
Pejabat Setiausaha Akhbar

Kenyataan Setiausaha Akhbar Tentang Lawatan Presiden Ke Asia Pada April Ini

Presiden akan melawat Jepun, Republik Korea, Malaysia dan Filipina pada akhir April ini sebagai sebahagian daripada komitmen beliau untuk meningkatkan hubungan diplomatik, ekonomi dan keselamatan A.S. dengan negara-negara di rantau Asia-Pasifik.

Di Jepun, Presiden akan bertemu dengan Perdana Menteri Abe untuk mengetengahkan langkah-langkah yang diambil Amerika Syarikat dan Jepun bagi memodenkan kerjasama 54 tahun kami, dalam mengukuhkan hubungan ekonomi, termasuk melalui Perkongsian Trans-Pasifik, dan mengembangkan kerjasama dalam pelbagai cabaran diplomatik di Asia dan secara global.

Di Republik Korea, Presiden akan bertemu dengan Presiden Park untuk menegaskan komitmen Amerika Syarikat dalam kerjasama yang kukuh, mengkaji perkembangan terbaru di Korea Utara dan mengabung usaha mempromosikan pengharaman senjata nuklear, dan membincangkan pelaksanaan berterusan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Korea-Amerika Syarikat.

Di Malaysia, Presiden akan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Najib untuk menunjukkan kemajuan besar yang telah dicapai dalam mengukuhkan hubungan diplomatik, ekonomi dan pertahanan Amerika dengan rakan kongsi yang penting di Asia Tenggara.

Presiden kemudian akan ke Filipina, iaitu negara sekutu perjanjian Asia ke-lima yang akan pernah beliau lawati semasa menjadi Presiden. Beliau akan bertemu dengan Presiden Aquino untuk menekankan kerjasama ekonomi dan keselamatan Amerika, termasuk isu pemodenan kerjasama pertahanan, usaha untuk mengembangkan hubungan ekonomi dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi melalui Perkongsian Pertumbuhan, dan mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat kedua negara.