Kenyataan oleh Setiausaha Kerry Berkenaan Hari Kemerdekaan Malaysia

JABATAN NEGARA A.S.
Pejabat Jurucakap
Untuk Siaran Segera
27 Ogos 2014

KENYATAAN OLEH SETIAUSAHA KERRY

Hari Kemerdekaan Malaysia

Bagi pihak Presiden Obama dan rakyat Amerika Syarikat, saya dengan gembira menyampaikan ucapan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57 kepada rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini.

Amerika Syarikat dan Malaysia menikmati persahabatan yang mesra dan hubungan yang rapat. Perkongsian Komprehensif kedua-dua negara, yang dilancarkan secara rasmi semasa lawatan bersejarah Presiden Obama ke Malaysia pada bulan April, mencerminkan sejarah kerjasama dan persahabatan kita serta wawasan bersama kita untuk masa depan yang aman dan produktif.  Dengan memberi tumpuan kepada kestabilan serantau, pengukuhan ASEAN, dan menggalakkan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi, kerjasama ini menonjolkan kepentingan yang dikongsi bersama yang menyatukan negara kita.

Amerika Syarikat berharap untuk mewujudkan hubungan yang lebih kukuh antara kerajaan, syarikat, dan rakyat di antara kedua-dua negara untuk kita menggalakkan keamanan dan kemakmuran di rantau ini dan dunia.

Saya ingin mengucapkan semoga anda dapat menyambut Hari Kemerdekaan ini dengan meriah, terus menempa kejayaan pada tahun akan datang, dan Selamat Hari Merdeka.