Promosi Kentang A.S. di Pulau Pinang

A few of the U.S. Fries Fiesta Penang entrees (Photo by U.S. Embassy/FAS Kuala Lumpur)

Demo “Meneroka Pelbagai Kemungkinan Kentang Sejuk Beku dengan Sentuhan Bali”

Pada 26 April 2017, satu promosi besar-besaran untuk kentang A.S. diadakan di Pulau Pinang. Chef Indonesia yang juga presiden persatuan chef negara tersebut, Henry Bloem membuat demonstrasi enam resipi pedas berempah dengan sentuhan Bali, yang menggunakan pelbagai bentuk kentang beku A.S. yang dijual kepada hotel dan restoran, termasuk kentang tater drums, hash browns, potongan kekisi, kentang baji, cengkerang separuh dan potongan renyuk.

Selepas acara itu, Audee Cheah, Presiden Persatuan Chef Pulau Pinang dan Joani Dong, wakil Jabatan Pertanian A.S. di Kedutaan Amerika Kuala Lumpur, melancarkan US French Fries Fiesta dengan pihak media. Pelancaran ini menyaksikan 20 restoran di Pulau Pinang memulakan promosi selama sebulan untuk dua hidangan asli kentang dengan 40 cara hidangan menggunakan kentang sejuk beku AS. Kesemua hidangan dipamer untuk dirasa oleh hadirin.

Amerika Syarikat adalah pemproses kentang terbesar di dunia. Ia juga pembekal terbesar Malaysia untuk kentang sejuk beku yang diimport dan diperbuat daripada kentang Russet premium. Amerika juga pembekal kedua terbesar bagi Asia Tenggara selepas Filipina. Kentang sejuk beku A.S. kurang menyerap minyak dan ini membolehkan minyak masak tahan lebih lama semasa menggoreng. Produk kentang yang siap dipotong dapat menjimatkan kos buruh. Dengan warna keemasan yang menarik, rasa dan tekstur yang rangup, pelanggan selalunya akan berkunjung kembali untuk menikmati kelazatan kentang ini.