Kentang A.S. – Makanan Sihat, Keluarga Bahagia

Potatoes USA - Healthy Meals, Happy Families (Photo by U.S. Embassy/FAS Kuala Lumpur)

Pada 18 April 2017, Lembaga Kentang Amerika Syarikat, sebuah organisasi pemasaran dan penyelidikan kentang kebangsaan yang mewakili lebih 2,500 penanam dan pengendali kentang di Amerika Syarikat, mengadakan promosi kentang dengan sokongan Perkhidmatan Pertanian Asing A.S. (FAS) Kuala Lumpur. Promosi pelbagai serampang dengan tema “Makanan Sihat, Keluarga Bahagia” ini turut menampilkan demo memasak oleh pakar pemakanan dan masakan, Indra Balaratnam; pakar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak, Ruth Liew dan pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin.  Pertandingan dan pameran masakan turut diadakan oleh Chef Elvin Goh.

Kentang bersaiz sederhana mempunyai 110 kalori dan menyediakan 45% daripada keperluan harian vitamin C serta mempunyai lebih banyak khasiat kalium daripada pisang. Kentang turut menyediakan serat, vitamin dan mineral lain. Seperti kebanyakan sayur-sayuran lain, kentang yang dimasak dengan cara sesuai dapat menarik minat kanak-kanak untuk mencubanya. Berikut adalah resipi kentang dan begedil mozzarella yang dihasilkan oleh Cik Balaratnam. Masakan ini penuh dengan sayur-sayuran, keju dan kelazatan yang pastinya digemari oleh kanak-kanak.