Kem Click! Membina Wira Komuniti

ETA Andrew Calhoun dari SMK Sayong Perak membantu pelajar beliau memperkemaskan idea projek mereka. (Foto Kedutaan A.S.)
ETA Andrew Calhoun dari SMK Sayong Perak membantu pelajar beliau memperkemaskan idea projek mereka. (Foto Kedutaan A.S.) 

Click! 5.0 adalah program keusahawanan sosial intensif yang penuh dengan aktiviti bertujuan melengkapkan 150 pelajar luar bandar dan pinggir bandar dengan kemahiran keusahawanan untuk menangani isu sosial dalam komuniti mereka.  Kem Click! tahun ini disertai oleh pelajar yang berumur di antara 14-16 tahun dari 30 sekolah menengah di Perak, Kelantan, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Pahang dan Sabah dengan tema “Membina Wira Komuniti.”  Kem anjuran Institut Pembangunan Kepimpinan dan Pemerkasaan (LEAD) ini menyediakan peluang kepada peserta untuk bekerja bersama-sama dengan guru mereka dan pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) dari Amerika untuk membangunkan idea projek, membuat prototaip perniagaan, dan meningkatkan kemahiran bercakap dan membuat pembentangan di hadapan orang ramai.  Pelatih profesional dan fasilitator dari Malaysia membimbing peserta dalam sesi dan aktiviti pembinaan kemahiran sepanjang kem.

ETA Molly Williams dari SMK Pak Badol, Kelantan, membantu pelajar beliau membuat sentuhan akhir untuk pembentangan mereka. (Foto Kedutaan A.S.)
ETA Molly Williams dari SMK Pak Badol, Kelantan, membantu pelajar beliau membuat sentuhan akhir untuk pembentangan mereka. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada akhir program, peserta membangunkan projek untuk menyelesaikan beberapa isu paling kritikal dalam komuniti masing-masing dan menerima RM200 sebagai pembiayaan awal untuk memulakan projek mereka.  Dalam melaksanakan projek, peserta akan mendokumenkan kemajuan dan berkongsi perkembangan tentangnya di Facebook.  Selepas 8 minggu, projek yang mendapat paling banyak klik “suka” dan memberi impak tinggi dalam komuniti akan ditawarkan peluang untuk mengambil bahagian dalam Pusingan Akhir Click! di Kuala Lumpur.  Pusingan Akhir ini akan berlangsung pada 6 dan 7 September yang akan menyaksikan pasukan terbaik mendapat biasiswa penuh dari Universiti Sunway.

Lihat maklumat lebih lanjut tentang Click! 5.0 di https://www.facebook.com/CLICK5.0Program