Kedutaan A.S. Ucap Selamat Jalan kepada Pelajar YES 2016

YES students at the farewell party taking a group photo with the Deputy Chief of Mission Mr. Edgard Kagan. (U.S. Embassy photo)

Empat puluh lima pelajar Malaysia berlepas minggu depan untuk menghabiskan satu semester di sekolah menengah di seluruh Amerika Syarikat. Mereka akan mengalami kehidupan sebagai pelajar, belajar tentang masyarakat Amerika, dan mendapat kawan baharu. Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan A.S. Frank Whitaker menjadi tuan rumah kepada semua 45 orang pelajar di rumahnya untuk makan tengah hari barbeku. Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Klik di sini untuk menyemak album foto!

Program Pertukaran Belia dan Pendidikan Kennedy-Lugar (YES) ditubuhkan pada 2002 dan dibiayai oleh Jabatan Negara A.S. Sehingga kini, lebih daripada 450 pelajar sekolah menengah di Malaysia yang mengambil bahagian dalam program ini. Layari sini untuk mengetahui lebih lanjut:http://goo.gl/mibtE7