Kuasa Usaha Edgard Kagan Bercakap di Majlis Konvokesyen Universiti Taylor

Chargé Kagan with a student from Taylor's ADP program. (U.S. Embassy photo)
Kuasa usaha Edgard Kagan bergambar bersama tenaga pengajar dan pelajar pada majlis konvokesyen. (Foto Kedutaan A.S.)
Kuasa usaha Edgard Kagan bergambar bersama tenaga pengajar dan pelajar pada majlis konvokesyen. (Foto Kedutaan A.S.)

Kuasa Usaha Kedutaan A.S. Edgard Kagan berucap di majlis konvokesyen untuk Program Pemindahan American Degree Universiti Taylor pada 3 Disember 2016.  Pelajar menamatkan pengajian dua tahun di Taylor dan akan menghabiskan dua tahun akan datang di universiti A.S.  Dalam ucapannya, Kagan menggalakkan pelajar untuk “memberi kesan positif dan meninggalkan nama dalam masyarakat.”

Kagan juga menyatakan bahawa bilangan rakyat Malaysia yang belajar di institusi pendidikan A.S. meningkat dengan ketara kebelakangan ini. Menurut Laporan Open Doors 2016 dari Institut Pendidikan Antarabangsa, tahun 2015/16 menyaksikan peningkatan 8.3% dalam bilangan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat.  Laporan tahunan ini memberi pandangan yang menyeluruh mengenai pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Dalam tempoh tahun akademik 2015/16, Malaysia adalah antara 25 negara yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat.  Bilangan pelajar antarabangsa di A.S. melepasi satu juta buat kali pertama.

Kuasa Usaha Edgard Kagan bersama tenaga pengajar ADP di Universiti Taylor. (Foto Kedutaan A.S.)
Kuasa Usaha Edgard Kagan bersama tenaga pengajar ADP di Universiti Taylor. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada majlis itu, Kagan berkata “Rakyat Malaysia memilih universiti A.S. untuk melanjutkan pelajaran dan membina prospek kerjaya mereka.  Peningkatan bilangan pelajar walaupun dalam keadaan kadar pertukaran mata wang yang lebih tinggi menunjukkan nilai pendidikan A.S. yang tinggi.  Rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat membangunkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi global hari ini. ”

Untuk maklumat lanjut mengenai rakyat Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat dan laporan Open Doors, lawat http://www.iie.org/en/Research-and-Publications/Open-Doors/Data/Fact-Sheets-by-Country/2016#.WETrMbJElpg