Empat Kadet Malaysia Masuk Akademi Tentera A.S.

Kedutaan A.S. pada 15 Jun 2017 meraikan empat kadet Malaysia yang telah diterima untuk belajar di akademi perkhidmatan ketenteraan A.S. Muhammad Salihin bin Mohd Sabri akan menyertai Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado Springs, Colorado. Wan Kamal Fitri bin Wan Kamal Baharein dan Sayniish Pillay Muniandy menghadiri Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, New York. Ahmad Yusuf bin Ahmad Azani pula mengikuti pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland.

Semua kadet ini dipilih melalui proses pemilihan yang ketat untuk mewakili Malaysia di akademi ketenteraan A.S. Mereka akan menghabiskan masa empat tahun belajar menjadi profesional ketenteraan bersama kadet dari seluruh dunia dan akan menamatkan pengajian pada 2021. Jarang sekali empat kadet Malaysia dipilih untuk menghadiri akademi ketenteraan A.S. dalam satu tahun yang sama.

Kuasa Usaha Kedutaan A.S., Edgard Kagan, hadir dalam majlis meraikan empat kadet Malaysia. Turut serta, wakil dari Angkatan Tentera Malaysia termasuk Mejar Jeneral Dato Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman, Penolong Ketua Staf Perancangan Pertahanan. Ahli keluarga kadet dan alumni akademi perkhidmatan ketenteraan A.S. dari Malaysia turut mengambil bahagian dalam majlis itu.