Aktivis dan Pemuzik Joshua Salaam Beri Inspirasi Kepada Belia di Sudut Lincoln Johor

Joshua Salaam poses with student fans and Lincoln Corner Johor librarians. (U.S. Embassy photo)
Joshua Salaam menjawab soalan pelajar. (Foto Kedutaan A.S.)
Joshua Salaam menjawab soalan pelajar. (Foto Kedutaan A.S.)

Pengarah ADAMS (All Dulles Area Muslim Society), Joshua Salaam memberi inspirasi kepada kira-kira 60 pelajar Malaysia dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Sudut Lincoln Johor pada 10 Ogos.

Seminar bertajuk “Faedah dan Cabaran Kerja Belia di Amerika” yang dipimpin oleh beliau dihadiri oleh para pelajar daripada Politeknik Sultan Ibrahim dan Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim dalam perbincangan interaktif rancak mengenai cara menyebarkan semangat sukarelawan dan memainkan peranan yang lebih positif dalam masyarakat.  Pelajar terutamanya berminat mendengar mengenai cabaran dan kisah kejayaan Muslim di Amerika berkongsi ajaran Islam yang sebenar dengan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Islam.

Wakil media tempatan dari ‘The Iskandarian’ dan ‘Oriental Daily’ menghadiri program Joshua Salaam manakala, Sinar Harian telah diberikan temu bual eksklusif.