Joshua Galak Belia Main Peranan Positif dalam Masyarakat

Joshua taking a selfie with students at Madrasah Maahad Tahfiz Al-Fityan (U.S. Embassy photo)
Joshua bergambar bersama pelajar dan guru di Sek. Men. Kebangsaan Jawi di Seberang Perai (Foto Kedutaan A.S.)
Joshua bergambar bersama pelajar dan guru di Sek. Men. Kebangsaan Jawi di Seberang Perai (Foto Kedutaan A.S.)

Joshua Salaam, Pengarah Belia di Pusat ADAMS (All Dulles Area Muslim Society) di Virginia berada di Malaysia pada 8-17 Ogos untuk mendampingi dan melibatkan diri dengan belia di madrasah, sekolah kerajaan, kolej dan Sudut Lincoln.  Beliau pergi ke Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Alor Setar untuk bercakap tentang isu yang dihadapi oleh belia di Amerika, kehidupan sebagai seorang Islam Amerika dan peranan positif yang boleh dimainkan oleh belia dalam masyarakat.  Beliau juga bertemu alumni pelajar dan agensi pembangunan wilayah negeri Johor untuk bercakap tentang manfaat dan cabaran kerja belia di Amerika.  Beliau ditemuramah oleh TV Al Hijrah dan berbual secara langsung melalui Facebook bersama Kedutaan Amerika.  Joshua juga merupakan anggota kumpulan Native Deen, sebuah kumpulan muzik Islam.  Beliau menyanyikan lagi rap ‘Drug free’ dalam program di sekolah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk menjadi berani dan berdiri untuk kebenaran.  Seluruh program mencapai kira-kira 2,000 individu.