Malaysia menerima 68,100 tan jagung A.S. untuk makanan ayam daging

Shore crane reaches for U.S. corn. (U.S. Embassy/USDA-FAS Kuala Lumpur photo)
Setiap ruang menyimpan muatan kapal Panamax boleh memuatkan 10,000 tan. (Foto Kedutaan A.S./USDA-FAS Kuala Lumpur)
Setiap ruang menyimpan muatan kapal Panamax boleh memuatkan 10,000 tan. (Foto Kedutaan A.S./USDA-FAS Kuala Lumpur)

Malaysia menerima 68,100 tan jagung dari A.S. bagi pasaran Malaysia pada 16 Mac 2017. Kargo jagung ini mengambil masa 35-40 hari dari New Orleans ke Pelabuhan Klang di Malaysia. Bekalan jagung dari tujuh negeri Amerika Syarikat ini melalui Sungai Mississippi ke Pelabuhan New Orleans untuk dihantar melalui kapal ke luar negara.  Cargill membeli bekalan ini untuk kilang makanan di Malaysia kerana kekurangan bekalan dari Amerika Selatan yang merupakan pembekal utama untuk pasaran ini. Selain itu, harga menarik dari A.S. disebabkan hasil tuaian yang banyak pada bulan September dan Okt tahun lepas juga mendorong pembelian. Bekalan jagung ini akan memberi makan kepada purata 30 juta ayam daging atau kira-kira 3 peratus daripada jumlah pengeluaran ayam daging di Malaysia. Rakyat Malaysia banyak makan ayam (sehingga 50 kilogram setahun) dan lebih banyak jagung A.S. akan dihantar! Malaysia menerima penghantaran pukal pertama jagung pada Ogos tahun lalu selepas terhenti selama lima tahun akibat bencana kemarau A.S. pada 2011/2012.

Jagung dimuatkan ke dalam kontena yang dibawa trak 30 tan. (Foto Kedutaan A.S./USDA-FAS Kuala Lumpur)
Jagung dimuatkan ke dalam kontena yang dibawa trak 30 tan. (Foto Kedutaan A.S./USDA-FAS Kuala Lumpur)
Gudang Cargill di fasiliti Westports, Pelabuhan Klang, yang menerima terus jagung dari kapal. (Foto Kedutaan A.S./USDA-FAS Kuala Lumpur)
Gudang Cargill di fasiliti Westports, Pelabuhan Klang, yang menerima terus jagung dari kapal. (Foto Kedutaan A.S./USDA-FAS Kuala Lumpur)