TechCamp Malaysia yang telah berlangsung sejak dua minggu lalu telah melabuhkan tirainya, Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan Institut Pulau Pinang menjadi tuan rumah TechCamp maya pertama di Malaysia untuk perbincangan mengenai cara mengatasi maklumat salah. TechCamp mengumpulkan lebih daripada 60 peserta dan pelatih dari A.S., Eropah, dan rantau ASEAN untuk mencetuskan penyelesaian teknologi terhadap cabaran yang ditimbulkan oleh maklumat. Peserta menyampaikan idea projek mereka bermula daripada pendidikan literasi media untuk belia dan pendidik kepada pengesanan dan analisis maklumat salah di platform media sosial yang terkenal. Selepas program TechCamp ini, peserta akan menerima geran kecil untuk melaksanakan projek mereka. Kami berharap dapat melihat kesan daripada inisiatif pemimpin-pemimpin baharu ini dalam membendung maklumat salah!

Pada majlis perasmian TechCamp Malaysia, Duta Besar A.S. Lakhdhir, Ketua Menteri Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dr. Fadhlullah menyampaikan ucapan.