Pada majlis resepsi untuk meraikan ulang tahun ke-247 kemerdekaan Amerika Syarikat, Duta Besar McFeeters berkata, “Hari ini, kita meraikan Amerika – kebebasan kita, pelepasan kita, dan kemerdekaan kita. Kita juga meraikan perkongsian komprehensif yang mendalam dan berkekalan antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Hari Kemerdekaan adalah hari bersejarah, penuh harapan, ingatan dan keazaman, serta janji dan kemungkinan. Tema kita malam ini – “Merah, Putih, Biru, dan Hijau” – adalah mengenai usaha menjaga planet kita, melindungi alam sekitar, menangani krisis iklim dan memastikan kelestarian bumi kita – yang kritikal untuk rakyat Amerika Syarikat, Malaysia, dan seluruh dunia.” Duta Besar mengucapkan terima kasih kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, atas kehadiran beliau dalam majlis ini.
Foto Sambutan Hari Kemerdekaan di album Flickr Kedutaan A.S. Kuala Lumpur.