Bluberi A.S. membuat penampilan di AEON Kuala Lumpur

Fresh U.S. highbush blueberries and desserts. (Source: U.S. Embassy/FAS Kuala Lumpur)

U.S. Highbush Blueberry Council melancarkan promosi bluberi Amerika Syarikat di AEON Supermarket Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepelbagaian khasiat dan kegunaan buah bluberi. Pakar pemakanan selebriti Alexandra Prabaharan menunjukkan cara membuat penkek bluberi dan smoothies. Tetamu dan media diberi peluang merasa minuman bluberi dan pastri yang dihiasi dengan buah itu.

Promosi Bluberi
Dari kiri ke kanan: Alexandra Prabaharan (U.S. Blueberry Highbush Council), Retna Malar Subramaniam (U.S. Blueberry Highbush Council), Ng Chin Choy (AEON); Joani Dong (Kedutaan A.S. / USDA-FAS); Phornthip Poolprasert (U.S. Blueberry Highbush Council); dan Ebby Loo (Euro-Atlantic Sdn Bhd.)

Terdapat kisah menarik di sebalik bluberi highbush* A.S. Walaupun kecil, buah ini banyak menyumbang kepada kesihatan. Buah yang kelihatan seperti mutiara biru ini kaya dengan serat makanan, vitamin C, K, A, E dan B serta mineral berharga seperti besi dan mangan, fosforus dan kalium. Ia membantu meningkatkan ingatan; mengekalkan tulang yang sihat; dan menyumbang kepada kesihatan mata. Ia juga membantu melawan penuaan, kanser dan penyakit jantung.

Amerika Syarikat merupakan pengeluar bluberi yang paling banyak di dunia, buah ini banyak tumbuh di negeri seperti Washington, Oregon, California, Michigan, Georgia, New Jersey dan North Carolina. Pasaran eksport A.S. yang terbesar ialah Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Kanada. Rakyat Malaysia adalah peminat utama bluberi, dan Amerika Syarikat adalah pembekal terbesar kepada Malaysia. Bluberi Amerika biasanya dieksport ke Malaysia dan sedia dijual pada awal bulan Julai hingga akhir bulan September. Bluberi organik yang sedap juga ada dijual di Malaysia.

* Nota – bluberi “Highbush” ditanam secara komersil dan tumbuh lebih tinggi daripada bluberi “lowbush” yang liar.