Flag

An official website of the United States government

Lawatan Jeneral Flynn Serlah Hubungan Pertahanan A.S.-Malaysia Yang Kukuh
4 MINIT DIBACA
Mac 29, 2022

General Flynn also met with Chief of Defense General Tan Sri Affendi Buang and Chief of Army, General Tan Sri Zamrose Bin Mohd Zain.
General Flynn also met with Chief of Defense General Tan Sri Affendi Buang and Chief of Army, General Tan Sri Zamrose Bin Mohd Zain. (U.S. Embassy KL photo)

Kuala Lumpur – Jeneral Charles A. Flynn daripada U.S. Army Pacific (USARPAC) melawat Kuala Lumpur dari 27-28 Mac 2022 untuk meneguhkan lagi hubungan kukuh antara Amerika Syarikat dan Malaysia.  Semasa lawatannya, beliau menyertai pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dwitahunan ke-17, membuka Pavilion A.S., dan bertemu dengan anggota kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Hubungan USARPAC dengan Tentera Darat Malaysia dan ATM dibina di atas asas yang kukuh.  Semasa perbualannya dengan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Jeneral Flynn menekankan keutamaan bersama kemakmuran, keselamatan, keamanan dan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. “Saya baru sahaja menghabiskan dua minggu di Asia Tenggara – yang mencapai kemuncak dengan masa saya di sini di Kuala Lumpur.  Rantau ini mengagumkan, dan hubungan kami dengan Sekutu dan Rakan Kongsi yang telah lama terjalin adalah kritikal.  USARPAC kekal komited untuk bekerjasama dengan Malaysia, untuk menjadi rakan kongsi aktif di rantau ini dan untuk mengukuhkan order berasaskan peraturan yang menyokong Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka.  Eksesais seperti Keris Strike dan Bersama Warrior adalah penting kepada semua ini kerana ia meningkatkan kesediaan tentera kita, dan tentera selalunya institusi yang menjadi penstabil di rantau ini. Mereka merupakan pelekat yang mengikat arkitektur keselamatan rantau ini secara bersama,” kata Jeneral Flynn.

Untuk tujuan ini, sepanjang tahun fiskal 2018-2022, Amerika Syarikat telah meluluskan kira-kira $230 juta – hampir satu bilion ringgit – bantuan keselamatan untuk Malaysia, termasuk penyediaan peralatan, pendidikan, latihan dan program pertukaran lain.

Jeneral Flynn turut bertemu dengan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Bin Mohd Zain.  Beliau berkongsi ucapan tahniah di atas kejayaan DSA, dan menyuarakan hasratnya untuk terus mengukuhkan eksesais yang telah lama wujud bersama Malaysia seperti Keris Strike dan Bersama Warrior.

Jeneral Charles A. Flynn mula menerajui komponen perkhidmatan terbesar Tentera Darat Amerika Syarikat, U.S. Army Pacific (USARPAC), pada 4 Jun 2021. U.S. Army Pacific beribu pejabat di Fort Shafter, Hawaii dengan sebahagian daripada tentera dikerahkan ke lapangan dan berpangkalan di seluruh Indo-Pasifik.

Keris Strike ialah eksesais tahunan dua hala yang ditaja oleh U.S. Indo-Pacific Command dan U.S. Army Pacific dan dihoskan oleh Angkatan Tentera Malaysia.  Eksesais tahun lalu menandakan iterasi ke-25 eksesais dan menyumbang kepada peningkatan kesediaan pertahanan A.S. dan Malaysia serta kebolehoperasian taktikal sambil mengukuhkan hubungan dua hala.

Bersama Warrior ialah eksesais tahunan dua hala yang ditaja oleh U.S. Indo-Pacific Command dan U.S. Army Pacific dan dihoskan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Tahun lalu menandakan iterasi ketujuh eksesais, yang menyumbang kepada peningkatan kesediaan pertahanan A.S. dan Malaysia, meningkatkan kebolehoperasian, dan mengukuhkan hubungan Program Rakan Negara antara Angkatan Tentera Malaysia dan Pengawal Kebangsaan Washington.

Untuk gambar, sila rujuk album Flickr Kedutaan A.S. KL: https://www.flickr.com/photos/usembassykl/