Flag

An official website of the United States government

Bakal Duta Besar Edgard D. Kagan

Edgard D. Kagan
Bakal Duta Besar
Kedutaan A.S. Kuala Lumpur  

Edgard D. Kagan, ahli kerjaya Perkhidmatan Luar Negeri Senior, dan paling terkini merupakan Penolong Khas kepada Presiden dan Pengarah Kanan untuk Asia Timur dan Oseania di Majlis Keselamatan Negara.  Duta Besar Kagan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di kedutaan A.S. di New Delhi, India dan di Kuala Lumpur, Malaysia, Timbalan Penolong Setiausaha di Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Jabatan Negara, Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral A.S. di Mumbai , India, dan Timbalan Pengarah Pejabat Washington bagi Misi A.S. ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kerjayanya sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Hal Ehwal Korea dan Pemangku Timbalan Penolong Setiausaha di Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik.  Tugasan luar negara lain termasuk Kaunselor Ekonomi dan kemudian Politik/Ekonomi di Kedutaan A.S. di Canberra, Australia, dan Pegawai Politik dan kemudian Ketua Unit Luar Politik di Kedutaan A.S. di Beijing, Republik Rakyat China.  Beliau juga pernah berkhidmat di luar negara di Israel, Hungary, dan Cote d’Ivoire.

Seorang penerima Anugerah Cemerlang Presiden dan pelbagai anugerah prestasi Jabatan Negara yang lain, Duta Besar Kagan fasih berbahasa Perancis, Cina Mandarin, Hungary dan sedikit bahasa Sepanyol.  Beliau yang merupakan graduan cum laude dari Universiti Yale, mendirikan rumah tangga dengan Cynthia Gire. Mereka mempunyai tiga orang anak.