
Pelakon Hollywood Erinn Westbrook, yang menempa nama dalam siri TV Glee, dan bekas eksekutif Disney Tina Treadwell mempesonakan orang ramai di Johor Bahru, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Pasangan ini memberi inspirasi kepada beratus-ratus belia, termasuk pelajar, penulis, ahli akademik, dan pembikin filem, dengan menekankan kepentingan pendidikan, ketekunan dan kerja keras dalam mencapai kejayaan di Hollywood atau dalam mana-mana bidang. Mereka memberi motivasi kepada rakyat Malaysia yang datang dengan cerita ketabahan dan dedikasi. Erinn memberi nasihat dalam menghadapi penolakan kerana “setiap ‘tidak’ adalah selangkah lebih dekat kepada ‘ya’ untuk anda.”

Erinn dan Tina juga berkongsi perjalanan mereka melalui rancangan pagi di radio Red FM dan Capital FM. Para penonton, termasuk sekumpulan lebih 300 pelajar di sebuah sekolah di luar bandar Johor yang mengikuti program Pembantu Guru Bahasa Inggeris, terpesona dengan tetamu yang diundang dengan mendapatkan autograf dan bergambar ‘selfie’ apabila ada saja peluang. Seorang peminat menulis tweet, “Kata-kata yang memberi inspirasi @EriVeronica! Suka akan tip anda; buat apa yang perlu.”