Graduan Kem MOOC Lawat Kedutaan Amerika

Six graduates of the first MOOC Camp held at the Lincoln Corner Kuala Lumpur received certificates and shared their opinions about the MOOC. (U.S. Embassy photo)
Para peserta berkongsi pengalaman mereka. (Foto Kedutaan A.S.)
Para peserta berkongsi pengalaman mereka. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 28 Julai, Kedutaan menyambut kedatangan graduan kem Pengucapan Awam MOOC (Massive Open Online Course) untuk mengiktiraf kejayaan mereka melengkapkan kursus.  Enam graduan Kem MOOC yang pertama diadakan di Sudut Lincoln Kuala Lumpur menerima sijil dan berkongsi pendapat mereka tentang MOOC.  MOOC, yang disediakan oleh Universiti Washington dengan kerjasama Coursera dan Jabatan Negara A.S., diselaraskan bersama oleh Kedutaan A.S. dan Englishjer iaitu pendidik bahasa Inggeris dalam talian.  Seorang graduan muda memberi pujian yang tinggi untuk MOOC yang memperkayakan pendidikan semua peserta dan mempersiap sediakan mereka “untuk memburu pekerjaan dan menyertai pasaran buruh.”  Graduan juga menerima taklimat daripada Pembantu Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan Kedutaan, Penasiaht Pendidikan dan Penyelaras YSEALI.

Kem MOOC adalah inisiatif Jabatan Negara untuk memudahkan perbincangan tentang MOOC di Kedutaan A.S., Konsulat A.S., Ruang Amerika (Sudut Lincoln di Malaysia), dan tempat awam yang lain di seluruh dunia.  Perbincangan dipimpin oleh pakar bidang untuk bahan kursus.  Kem MOOC boleh dikendalikan oleh alumni program pertukaran kerajaan A.S., guru atau profesor, pelajar, ahli YSEALI, atau mana-mana anggota masyarakat.