Latihan Pertolongan Cemas di Kedutaan A.S. Kuala Lumpur

Pasukan Unit Kesihatan di Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur menganjurkan Latihan Rasusitasi Kardiopulmonari (CPR), Latihan Defibrilator Automatik (AED) & Latihan Pertolongan Cemas pada 10 Julai 2019. Sejumlah 13 peserta dari pelbagai bahagian; 10 dari Pejabat Keselamatan Serantau (RSO), 1 dari Hal Ehwal Awam (PAO), 1 Pelajar Sambilan dari Jabatan Sumber Manusia dan 1 ahli keluarga Amerika yang mendapat manfaat daripada latihan ini. Pada akhir latihan, Duta Besar Kamala Shirin Lakhdir menyampaikan sijil tamat latihan kepada semua graduan. Tahniah kepada semua!

‘Memberi inspirasi kepada dunia untuk menyelamatkan nyawa’