LEMBARAN FAKTA
PEJABAT JURUCAKAP
31 MAC 2020
Sebagai peneraju dalam respons kesihatan dan kemanusiaan global terhadap COVID-19, Amerika Syarikat telah bertindak dengan pantas untuk menyokong rakan kongsi ASEAN kami memerangi virus COVID-19. Sejak wabak ini bermula, Kerajaan A.S. telah menyediakan kira-kira $18.3 juta bantuan kecemasan dan bantuan kemanusiaan kepada Negara-negara Anggota ASEAN. Pada peringkat global, pada 26 Mac 2020, Amerika Syarikat menyediakan pelaburan awal hampir $274 juta bantuan kecemasan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu negara-negara yang memerlukan, di samping pembiayaan yang telah kami sediakan kepada organisasi multilateral seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF.
Jumlah keseluruhan setakat ini termasuk hampir $100 juta bantuan kesihatan kecemasan daripada Dana Rizab Kecemasan Kesihatan Global USAID dan $110 juta bantuan kemanusiaan daripada akaun Bantuan Bencana Antarabangsa USAID, untuk diberikan kepada sehingga 64 negara yang paling berisiko menghadapi ancaman pandemik global ini. Melalui Biro Populasi, Pelarian, dan Migrasi di Jabatan Negara A.S., Agensi Pelarian PBB (UNHCR) akan menerima $64 juta bantuan kemanusiaan untuk membantu menangani ancaman yang ditimbulkan oleh COVID-19 dalam situasi krisis kemanusiaan yang wujud untuk sebahagian mereka yang paling terdedah di dunia.
Pembiayaan Baharu untuk Menyokong ASEAN dalam Memerangi COVID-19:
Pembiayaan A.S. kepada negara-negara ASEAN untuk COVID-19 menyokong matlamat berikut:
- Persediaan makmal untuk ujian berskala besar untuk COVID-19;
- Pencegahan dan kawalan jangkitan;
- Mengaktifkan komunikasi risiko;
- Melaksanakan pelan kecemasan kesihatan awam di pintu-pintu masuk sempadan;
- Mengaktifkan pencarian kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa untuk penyakit seperti influenza;
- Melatih dan melengkapkan anggota responden pantas untuk penyiasatan dan pengesanan kontak;
- Mengemas kini bahan latihan untuk pekerja kesihatan.
Agensi-agensi kerajaan A.S. yang menerajui respons antarabangsa, termasuk Jabatan Negara A.S., USAID, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. (CDC) bekerjasama secara rapat untuk memperuntukkan dana untuk kawasan panas dan tempat yang terdedah kepada COVID-19. Amerika Syarikat juga menyelaraskan bantuan dengan penderma-penderma lain untuk saling melengkapi dan mengelakkan pertindihan usaha.
Sokongan Utama Amerika untuk Kesihatan Awam ASEAN
Sokongan kecemasan ini adalah tambahan kepada hampir $3.5 bilion dolar bantuan kesihatan awam yang Amerika Syarikat sediakan kepada Negara Anggota ASEAN sepanjang 20 tahun yang lalu. Amerika Syarikat merupakan peneraju global dalam bantuan kesihatan awam, dengan lebih $9.5 bilion diperuntukkan pada tahun 2019 untuk menyokong kesihatan awam di luar negara, termasuk di Asia Tenggara. Jumlah ini termasuk pembiayaan untuk menangani ancaman pandemik, HIV/AIDS, malaria, tuberkulosis (TB), dan keperluan kesihatan yang lain. Sejak tahun 2009, pembayar cukai Amerika telah membiayai lebih $100 bilion bantuan kesihatan dan hampir $70 bilion bantuan kemanusiaan di seluruh dunia. Amerika Syarikat kekal menjadi penderma kesihatan dan kemanusiaan tunggal terbesar untuk kedua-dua usaha jangka panjang dan usaha pembinaan kapasiti dengan rakan-rakan kongsinya, serta usaha respons kecemasan dalam menghadapi krisis berulang. Wang ini telah menyelamatkan nyawa, melindungi orang yang paling terdedah kepada penyakit, membina institusi kesihatan, dan menggalakkan kestabilan masyarakat dan negara.
Bantuan Kecemasan COVID-19 A.S. untuk Negara ASEAN (mengikut negara, pada 26 Mac):
Amerika Syarikat menyediakan bantuan teknikal dan sokongan kewangan kepada Negara Anggota ASEAN, dengan permulaan $18.3 juta. Sokongan tersebut digariskan di bawah:
Brunei:
- Jabatan Negara menyampaikan permintaan Brunei kepada syarikat-syarikat A.S. untuk mendapatkan respirator dan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) selepas permintaan domestik A.S. dipenuhi.
Kemboja:
- Kira-kira $2 juta bantuan kesihatan untuk membantu kerajaan Kemboja menyediakan sistem makmal, mengaktifkan penemuan kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa, dan menyokong pakar teknikal untuk respons dan kesediaan, dan banyak lagi.
- CDC membantu Kemboja dalam pengurusan klinikal penjejakan kontak, ujian makmal, pengawasan, dan kawalan jangkitan.
- Seorang doktor penyakit berjangkit daripada Institut Kesihatan Kebangsaan A.S. (NIH) sedang membantu memberikan perundingan klinikal, dan membangun garis panduan penjagaan klinikal untuk Hospital Diraja Phnom Penh (hospital rawatan yang dikhaskan di Kemboja).
- Amerika Syarikat telah membuat pelaburan jangka panjang di Kemboja, dengan menyediakan lebih $730 juta untuk kesihatan dan lebih $1.6 bilion secara keseluruhan untuk bantuan sepanjang 20 tahun yang lalu.
Indonesia:
- $2.3 juta bantuan kesihatan untuk membantu kerajaan Indonesia menyediakan sistem makmal, mengaktifkan penemuan kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa, dan menyokong pakar teknikal untuk respons dan kesediaan, dan banyak lagi.
- CDC telah menyediakan bantuan teknikal kepada pegawai kesihatan Indonesia.
- Amerika Syarikat telah melabur lebih $1 bilion untuk kesihatan dan lebih $5 bilion secara keseluruhan untuk bantuan sepanjang 20 tahun yang lalu.
Laos:
- Hampir $2 juta bantuan kesihatan akan membantu kerajaan Laos menyediakan sistem makmal, mengaktifkan penemuan kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa, dan menyokong pakar teknikal untuk respons dan kesediaan, dan banyak lagi. Jabatan Pertahanan A.S. (DOD) sedang berusaha untuk menyediakan peralatan ujian tambahan.
- Enam pakar CDC telah pergi ke Laos untuk menyediakan latihan epidemiologi, pengawasan, dan makmal.
- CDC dan DOD mengetuai latihan dan perbincangan serta simulasi dengan rakan-rakan kongsi kerajaan Laos pada bulan Mac mengenai langkah mitigasi COVID-19. Ini termasuk latihan simulasi mengenai kesediaan dan respons COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 19-20 Mac.
- Sokongan dan latihan berterusan Agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan (DTRA) A.S., khususnya Program Pengurangan Ancaman Biologi, menyokong kemampuan Kementerian Kesihatan Laos untuk menguji COVID-19 secara profesional.
- Amerika Syarikat telah melabur hampir $92 juta bantuan kesihatan dan lebih $ 348 juta secara keseluruhan sepanjang 20 tahun lalu di Laos.
Malaysia:
- Jabatan Negara A.S. sedang mengenal pasti syarikat A.S. yang boleh membekalkan kerajaan Malaysia dengan ventilator dan PPE selepas permintaan domestik A.S. dipenuhi.
- Jabatan Negara sedang berusaha untuk menghubungkan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia dengan syarikat dan agensi yang sesuai untuk bantuan dengan ujian antigen dan latihan pembangunan vaksin.
Myanmar:
- Kira-kira $ 3.8 juta untuk dana kesihatan dan kemanusiaan akan disalurkan untuk bekalan air dan sanitasi, pengurusan kes COVID-19, pengawasan berdasarkan peristiwa, koordinasi, dan banyak lagi.
- CDC membantu Kementerian Kesihatan dan Sukan untuk melancarkan sesi telekejurulatihan dalam talian berkenaan COVID-19, yang menyediakan maklumat kepada pekerja kesihatan barisan hadapan Myanmar yang tepat pada masanya mengenai wabak di 100+ lokasi di seluruh negara.
- CDC juga menyediakan bantuan teknikal mengenai pengesanan epidemiologi, pengawasan dan makmal pengesanan kes untuk Unit Epidemiologi Pusat Myanmar dan Makmal Kesihatan Nasional, dan menganjurkan dua pusingan perundingan teknikal.
- Amerika Syarikat telah melabur lebih $176 juta bantuan kesihatan dan lebih $1.3 bilion secara keseluruhan untuk bantuan A.S. sepanjang 20 tahun lalu di Myanmar.
Filipina:
- Hampir $4 juta bantuan kesihatan akan membantu kerajaan Filipina menyediakan sistem makmal, mengaktifkan penemuan kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa, menyokong pakar teknikal untuk respons dan kesediaan, komunikasi risiko, pencegahan dan kawalan jangkitan, dan banyak lagi. Amerika Syarikat telah melabur lebih $582 juta untuk kesihatan di Filipina sahaja dan hampir $4.5 bilion bantuan secara keseluruhan sepanjang lebih 20 tahun.
- Agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan (DTRA) Jabatan Pertahanan A.S. menyediakan PPE yang diperoleh dari dalam negera, latihan, eksesais, serta peralatan dan bahan makmal.
Thailand:
- Kira-kira $1.2 juta bantuan kesihatan akan membantu kerajaan Thai menyediakan sistem makmal, mengaktifkan penemuan kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa, menyokong pakar teknikal untuk respons dan kesediaan, komunikasi risiko, pencegahan dan kawalan jangkitan, dan banyak lagi.
- CDC di Amerika Syarikat, dan melalui pasukan negaranya di Kedutaan A.S. Bangkok – telah menyediakan sokongan dan bantuan makmal dengan memproses pesakit rakyat Thai yang pulang dari Wuhan, China.
- CDC memberi nasihat mengenai komunikasi risiko, terjemahan bahan-bahan teknikal, maklumat mengenai langkah-langkah kesihatan awam bukan perubatan, dan prosedur pemeriksaan di pintu kemasukan.
- DTRA Jabatan Pertahanan menyediakan penjujukan genetik untuk diagnostik, pengawasan, dan PPE yang diperoleh dari sumber tempatan.
- Bantuan jangka panjang A.S. di Thailand termasuk lebih $213 juta untuk kesihatan dan lebih $1 bilion jumlah keseluruhan bantuan sepanjang lebih 20 tahun.
Vietnam:
- Hampir $3 juta bantuan kesihatan akan membantu kerajaan Vietnam menyediakan sistem makmal, mengaktifkan penemuan kes dan pengawasan berdasarkan peristiwa, menyokong pakar teknikal untuk respons dan kesediaan, komunikasi risiko, pencegahan dan kawalan jangkitan, dan banyak lagi.
- CDC Bersama WHO menyediakan latihan kepada 15 hospital, dan telah membantu melatih 63 wilayah mengenai pengawasan, pelaporan, dan pengumpulan sampel COVID-19, dan menyokong Vietnam dalam membangunkan garis panduan Pencegahan dan Kawalan Pencegahan Nasional untuk COVID-19.
- Kerajaan Vietnam telah meminta sokongan untuk reagen ujian COVID-19, yang kini diselaraskan bersama DTRA untuk sumber tempatan.
- Sepanjang 20 tahun yang lalu, Amerika Syarikat telah melabur lebih $706 juta bantuan kesihatan dan lebih $1.8 bilion jumlah keseluruhan bantuan untuk Vietnam.
Seluruh ASEAN: Program pertukaran A.S. telah memperkuat kepakaran profesional perubatan Asia Tenggara yang mengetuai negara mereka untuk memerangi COVID-19. Lebih 1,400 pakar perubatan dari negara-negara ASEAN telah melawat pakar-pakar di universiti dan fakulti perubatan A.S. Seribu lagi profesional perubatan dan kesihatan Asia Tenggara adalah alumni program pertukaran yang ditaja A.S. dalam bidang-bidang mereka.
Pada peringkat serantau, Amerika Syarikat melalui NIH aktif dalam menyokong penyelidikan di negara-negara ASEAN untuk mengatasi pandemik, termasuk dalam terapeutik, vaksin, dan langkah pencegahan perubatan. Antara contohnya ialah kerja-kerja yang dilakukan oleh NIH dengan rakan-rakan ASEAN mengenai rawatan dan pencegahan malaria, kajian kelawar pembawa koronavirus dan penyelidikan lain mengenai manfaat kesihatan awam.
Amerika Syarikat, melalui USAID dan CDC, mempunyai program serantau untuk meningkatkan kapasiti negara ASEAN untuk bersiap sedia menghadapi wabak dan membina keupayaan diagnostik makmal. Ini termasuk:
- Penambahbaikan CDC kepada keselamatan makmal dan keselamatan bio di seluruh ASEAN, dengan memperakui kabinet keselamatan biologi dengan standard yang tinggi.
- Kursus latihan CDC untuk negara-negara Mekong (Burma, Laos, Kemboja, Vietnam dan Thailand) tentang cara mengatasi ancaman influenza yang baharu muncul, yang diadakan pada bulan November 2019.
- Sokongan USAID untuk sekian lamanya melalui projek One Health Workforce – Next Generation untuk negara-negara ASEAN, termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, dan Thailand, untuk mempersiapkan, mencegah, mengesan, dan bertindak balas terhadap kecemasan kesihatan awam sebelum ia membawa ancaman pandemik yang teruk. Projek ini bertujuan untuk mengubah tenaga kerja kesihatan dan kurikulum kesihatan awam universiti. Sejak tahun 2014, lebih 10,000 pelajar dan profesional telah dilatih dalam aspek penyakit berjangkit menerusi Southeast Asia One Health University Network (SEAOHUN).
- Perkongsian USAID dengan Kementerian Kesihatan Awam Thailand untuk membina rangkaian Makmal Kesihatan Awam Serantau (RPHL), dengan berkongsi maklumat dan sumber mengenai penyakit berjangkit yang muncul di ASEAN sejak pelancaran rangkaian ini pada November 2019.