11 FEBRUARI 2022
UCAPAN DAN ULASAN
Baca strategi penuh di sini
“Wawasan kami adalah untuk rantau Indo-Pasifik yang terbuka, terhubung, makmur, kukuh dan selamat—dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan anda untuk mencapainya.”
Presiden Joe Biden
Persidangan Asia Timur
27 Oktober 2021
Pentadbiran Biden-Harris telah mencapai kejayaan yang bersejarah untuk memulihkan kedudukan Amerika sebagai pemimpin di rantau Indo-Pasifik dan memainkan peranan untuk abad ke-21. Tahun lalu, Amerika Syarikat telah memodenkan perikatan yang sudah sekian lama terjalin, mengukuhkan perkongsian yang baharu muncul dan membentuk pautan yang inovatif antaranya untuk memenuhi cabaran yang mendesak termasuk persaingan dengan negara China, perubahan iklim dan hinggalah pandemik. Usaha ini dilakukan ketika para sekutu dan rakan di seluruh dunia semakin meningkatkan penglibatan mereka sendiri di Indo-Pasifik. Apabila terbentuknya perjanjian dwipartian yang menyeluruh di Kongres A.S., maka Amerika Syarikat juga perlu melakukan langkah yang sama. Penyatuan komitmen di rantau ini yang merentasi lautan dan merentasi parti politik yang berbeza mencerminkan realiti yang tidak boleh disangkal. Indo-Pasifik merupakan rantau yang paling dinamik di dunia dan masa depan rantau ini menjejaskan semua orang di seluruh dunia.
Realiti inilah yang menjadi asas bagi Strategi Indo-Pasifik oleh Amerika Syarikat. Strategi ini menggariskan visi Presiden Biden untuk mengukuhkan kedudukan Amerika Syarikat di Indo-Pasifik dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi rantau ini. Tumpuan utama adalah untuk mengekalkan dan bekerjasama secara kreatif dengan sekutu, rakan dan institusi di rantau ini serta wilayah yang lebih luas lagi.
Amerika Syarikat akan berusaha untuk menjadikan rantau Indo-Pasifik yang:
- BEBAS DAN TERBUKA
Kepentingan utama kami serta negara-negara rakan kami yang rapat memerlukan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka pula memerlukan kerajaan yang boleh membuat keputusan sendiri dan kawasan yang dikongsi bersama ditadbir mengikut undang-undang. Strategi kami bermula dengan mengukuhkan daya tahan termasuk di negara-negara individu seperti yang kami lakukan di Amerika Syarikat dan antara negara-negara ini. Kami akan mewujudkan rantau yang bebas dan terbuka, antaranya dengan:
- Melabur dalam institusi demokratik, kebebasan akhbar dan masyarakat awam yang berdaya maju
- Meningkatkan ketelusan fiskal di Indo-Pasifik bagi mendedahkan rasuah dan memacu perubahan
- Memastikan kawasan laut dan udara di rantau ini ditadbir dan digunakan menurut undang-undang antarabangsa
- Mengembangkan pendekatan bersama dalam teknologi kritikal dan baru muncul, internet dan ruang siber
- TERHUBUNG
Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka hanya dapat dicapai jika kita membina kapasiti secara kolektif untuk era baharu. Perikatan, organisasi dan undang-undang yang dibina oleh Amerika Syarikat dan sekutunya perlu diterima. Kami akan membina kapasiti kolektif di rantau ini dan di wilayah yang lebih jauh dengan:
- Meningkatkan lima perjanjian perikatan serantau dengan Australia, Jepun, Republik Korea (ROK), Filipina dan Thailand
- Mengukuhkan hubungan dengan rakan serantau utama termasuk India, Indonesia, Malaysia, Mongolia, New Zealand, Singapura, Taiwan, Vietnam dan Kepulauan Pasifik
- Menyumbang ke arah ASEAN yang diperkasakan dan bersatu
- Mengukuhkan Quad dan menjayakan komitmen yang dijanjikan
- Menyokong kepimpinan India yang semakin meningkat di peringkat serantau
- Berkongsi untuk membina daya tahan di Kepulauan Pasifik
- Membina hubungan antara Indo-Pasifik dan Euro-Atlantik
- Mengembangkan kehadiran diplomatik A.S. Di Indo-Pasifik, terutamanya di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik
- MAKMUR
Kemakmuran rakyat Amerika berkait rapat dengan Indo-Pasifik. Fakta ini memerlukan pelaburan untuk menggalakkan inovasi, mengukuhkan daya saing ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi, membina semula rantaian bekalan dan mengembangkan peluang-peluang ekonomi untuk keluarga kelas pertengahan: 1.5 bilion penduduk di Indo-Pasifik akan menyertai kelompok kelas pertengahan global pada dekad ini. Kami akan memacu kemakmuran Indo-Pasifik termasuklah dengan:
- Mencadangkan rangka kerja ekonomi Indo-Pasifik di mana kami akan:
- Membangunkan pendekatan baharu dalam perdagangan yang memenuhi standard buruh dan alam sekitar yang tinggi
- Mentadbir ekonomi digital dan aliran data merentasi sempadan kami mengikut prinsip-prinsip terbuka. Ini termasuklah melalui rangka kerja ekonomi digital yang baharu
- Rantaian bekalan yang termaju, berdaya tahan dan selamat yang pelbagai, terbuka dan boleh dijangka
- Membuat pelaburan bersama dalam pengurangan penggunaan karbon dan penggunaan tenaga yang bersih
- Menggalakkan perdagangan dan pelaburan yang bebas, adil dan terbuka menerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), termasuklah dalam tahun 2023 di mana kami menjadi tuan rumah
- Menutup jurang infrastruktur rantau ini menerusi Build Back Better World dengan rakan-rakan negara G7
- SELAMAT
Selama 75 tahun Amerika Syarikat telah mengekalkan kehadiran pertahanan yang kukuh dan konsisten yang diperlukan untuk menyokong keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran serantau. Kami akan mengembangkan dan memodenkan peranan ini dan meningkatkan keupayaan kami untuk mempertahankan kepentingan kami dan menghalang tindakan agresif terhadap wilayah A.S. dan terhadap sekutu dan rakan-rakan kami. Kami akan mengukuhkan keselamatan Indo-Pasifik dengan menggunakan segala peralatan kuasa untuk mencegah tindakan agresif dan menghalang paksaan dengan:
- Memajukan pencegahan secara bersepadu
- Mengukuhkan kerjasama dan meningkatkan operasi bersama dengan sekutu dan rakan-rakan
- Menjaga keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan
- Membawa inovasi untuk beroperasi dalam persekitaran ancaman yang berubah dengan pantas. Ini termasuklah di ruang angkasa, ruang siber dan bidang teknologi kritikal dan baru muncul
- Mengukuhkan pencegahan dan koordinasi yang lebih meluas dengan sekutu ROK dan Jepun kami dan mengusahakan penghapusan senjata nuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea
- Terus mencapai AUKUS
- Meluaskan kehadiran dan kerjasama pasukan Pengawal Pantai A.S. bagi menangani ancaman transnasional
- Bekerjasama dengan Kongres untuk memberi dana kepada Inisiatif Pencegahan Pasifik dan Inisiatif Keselamatan Maritim
- KUKUH
Rantau Indo-Pasifik dengan menghadapi cabaran transnasional yang besar. Kesan perubahan iklim kini menjadi semakin ketara apabila glasier di Asia Selatan cair dan Kepulauan Pasifik berdepan dengan kenaikan paras laut yang mengancam kewujudan mereka. Pandemik COVID-19 terus mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia dan ekonomi di seluruh rantau. Kerajaan-kerajaan di rantau Indo-Pasifik bergelut dengan bencana alam, kekurangan sumber, konflik dalaman dan cabaran mentadbir negara. Jika dibiarkan, tekanan-tekanan ini mendatangkan ancaman yang menggugat kestabilan rantau ini. Kami akan membina daya tahan serantau bagi menghadapi ancaman transnasional abad ke-21, termasuk dengan:
- Bekerjasama dengan sekutu dan rakan untuk membangunkan sasaran, strategi rancangan dan dasar 2030 dan 2050 yang konsisten dengan mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius
- Mengurangkan kelemahan rantau ini terhadap kesan perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar
- Menamatkan pandemik COVID-19 dan mengukuhkan keselamatan kesihatan global
###