Latihan Kawalan Analitik Data Perdagangan Strategik/Pengelakan Sekatan

Program Kawalan Eksport dan Keselamatan Berkaitan Sempadan bekerjasama dengan NU Borders LLC untuk melatih pegawai penguatkuasaan dan perlesenan sempadan Malaysia di Kuala Lumpur mengenai analitik data terkini untuk menyokong usaha-usaha pencegahan penyebaran A.S. Ini adalah kursus sulung EXBS dan Nu Borders untuk menggunakan analisis data perdagangan untuk mengenal pasti pelanggaran Kawalan Perdagangan Strategik menggunakan platform analitik BITE (Border Intelligence for Trade Enforcement) NU Borders. Latihan ini disertai anggota Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Lembaga Perlesenan Tenaga, dan Sekretariat Perdagangan Strategik Kuala Lumpur.

Lebih banyak gambar di laman Flickr Kedutaan A.S. Kuala Lumpur