Terima kasih dan selamat jalan kepada ETA!

Ambassador Lakhdir delivers her speech during the reception.

Pada 31 Oktober, Duta Besar Lakhdhir menganjurkan majlis mengucapkan selamat tinggal di kediamannya untuk 98 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang telah menyelesaikan tugasan 10 bulan di pelbagai sekolah di seluruh Malaysia. Dalam ucapannya, Duta Besar Lakhdhir memuji ETA atas sumbangan penting mereka terhadap hubungan yang lebih baik antara A.S. dan Malaysia dan impak mereka terhadap kehidupan pelajar dan masyarakat setempat. Sebelum itu, Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) menganjurkan pameran ETA di Putrajaya di mana ETA memaparkan buku dan karya seni yang dihasilkan pelajar sepanjang mereka berada di Malaysia. Majlis ini ditutup dengan penyampaian sijil dan persembahan oleh pelajar dan ETA. Pegawai dari sekolah terbabit,  Kementerian Pendidikan, pejabat pendidikan Negeri dan Daerah, dan kakitangan Kedutaan menghadiri majlis ini. Majlis turut dihadiri wakil daripada media cetak dan elektronik tempatan.

Seorang pelajar menunjukkan tempat tarikan pelancong di Pahang kepada ETA.