100 pembantu guru bahasa Inggeris Fulbright memulakan tugasan mengajar selama 10 bulan di Malaysia

Duta Besar Lakhdhir memberikan ucapannya kepada kohort baharu pembantu guru bahasa Inggeris Fulbright di kediamannya.

Duta Besar Lakhdhir mengalu-alukan 100 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang ditugaskan ke negeri Terengganu, Pahang, Kedah, Kelantan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Melaka yang merupakan negeri yang baru ditambah, semasa majlis sambutan di kediamannya pada 11 Januari 2018. Selain membantu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, ETA akan menjalankan pelbagai aktiviti berbahasa Inggeris seperti kem bahasa Inggeris, projek khidmat masyarakat, pertandingan menulis dan bertutur, serta pertukaran budaya.

ETA mendengar dengan sepenuh perhatian penerangan oleh Pegawai Maklumat Morgan O’Brien semasa Orientasi ETA di Kuala Lumpur.

Program ini telah menyediakan beribu-ribu pelajar Malaysia peluang untuk meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris mereka, menambahkan keyakinan dan meningkatkan kemahiran interpersonal mereka. Dalam ucapannya, Duta Besar Lakhdhir menekankan pentingnya Program ETA Fulbright dalam meningkatkan persefahaman bersama dan meningkatkan hubungan antara rakyat Amerika Syarikat dengan Malaysia. Majlis ini diakhiri dengan sesi foto berkumpulan dan wawancara media.