ETA Kendali Kem Belia Olimpik Persahabatan Sudut Lincoln Kedah

Photo of students having fun
Kem dimulakan dengan sesi tarian Zumba berkumpulan untuk membuang rasa malu pelajar. (Foto Kedutaan A.S.)

Empat belas Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) di Kedah dan Perlis mengendalikan kem sukan bertemakan Bahasa Inggeris, Olimpik Persahabatan, dengan kerjasama Perpustakaan Awam Kedah pada 17 Jun.  Amy Mon, ETA dari SMK Alor Merah, menganjurkan acara ini untuk 64 pelajar yang bersemangat dari 7 sekolah menengah di Kedah.  Pelajar membuang rasa malu mereka dengan sesi tarian Zumba berkumpulan pada permulaan hari.  Selepas menari dengan bersemangat, pelajar dibahagikan pada beberapa pasukan yang bercampur sekolah dan pasukan sorak ditubuhkan.  Mereka terlibat dalam aktiviti pembinaan pasukan dan terlibat dalam latihan yang memerlukan pelajar untuk berlatih kemahiran bahasa Inggeris mereka.  Kem ini disertakan bersama dengan enam stesen permainan bertemakan sukan yang direka bukan sahaja untuk mewujudkan persaingan antara pasukan, tetapi juga bekerjasama dengan ahli pasukan mereka untuk mendapatkan mata.  Acara terakhir untuk hari itu termasuk satu perlumbaan ganti tujuh orang yang memerlukan setiap pasukan untuk bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.  Selepas majlis penutup, pelajar bercakap dengan ETA dalam suasana yang tidak formal.  Semua ETA gembira dapat membuat aktiviti bersama pelajar dari seluruh Kedah!  Acara ini tidak dapat dijayakan tanpa bantuan dan sokongan hebat daripada Perpustakaan Awam Kedah.

Photo of a group of students
Gambar berkumpulan peserta dan ETA. (Foto Kedutaan A.S.)

ETA yang terlibat ialah Savannah Benton, Cheyenne Boyce, Lauren Chow, Haglaeeh Contreras, Farrah El-Khatib, Shannon Gedo, Joshua Hengen, Israel Hernandez, Marcy Herr, Kathryn Kasten, Amy Mon, Amelia Spinrad dan Deborah Walnicki.