Erin Zanre melawat Sabah

Erin visiting the Monungkus community.

Erin Zanre, seorang perunding yang mengkhususkan dalam pembangunan dan pelaksanaan program pengurusan mata pencarian dan sumber alam semula jadi lestari berasaskan komuniti, melawat Taman Tun Mustapha di Sabah pada 3-7 Julai. Lawatan beliau dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Taman-Taman Sabah untuk menyokong inisiatif pengurusan perikanan komuniti. Beliau bertemu dengan pihak berkepentingan komuniti, pertubuhan NGO, agensi kerajaan dan menyampaikan ceramah di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Beliau berkongsi idea untuk menjalankan pengurusan marin berasaskan komuniti di Taman Tun Mustapha, zon pembangunan ekopelancongan dan zon memancing komersil.