Pakar Bahasa Inggeris Marsha Chan menjalankan bengkel latihan guru di Johor dan Sabah

EL Spec Marsha Chan poses with secondary school teachers and early childhood education students at Keningau Vocational College, Sabah.

Pakar Bahasa Inggeris (ELSpec) Marsha Chan, seorang pengarang dan perunding di Sunburst Media di California, telah mengadakan siri bengkel latihan guru di Johor dan Sabah dari 23 hingga 28 Januari 2019.

Program yang ditaja oleh Kedutaan A.S. melalui kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Vokasional Keningau dan Pejabat Pelajaran Negeri Johor dan Sabah ini memberi manfaat kepada lebih 150 pendidik bahasa Inggeris dan guru praperkhidmatan. Bengkel ini menggabungkan pendekatan multisensori untuk pembelajaran sebutan, termasuk permainan sebutan untuk menggalakkan percakapan. Chan juga menggunakan pelbagai aktiviti latihan dalam bengkelnya agar para guru lebih memahami prinsip dan pedagogi mengajar sebutan bahasa Inggeris.

Peserta memberitahu bahawa mereka mempelajari teknik baharu dalam mengajar sebutan dan akan menerapkan kaedah mengajar yang menyeronokkan, kreatif dan interaktif dalam bilik darjah. Pada akhir setiap bengkel, Chan menyampaikan “Sijil Penyertaan” yang ditandatangani dari Kedutaan A.S. Kuala Lumpur kepada setiap peserta.