Misi

Kedutaan A.S. mewakili kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat. Kami melindungi dan memajukan kepentingan Amerika Syarikat, termasuk keselamatan dan kebajikan rakyat A.S. di Malaysia. Kami mengeluarkan visa untuk rakyat Malaysia yang mahu melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat. Kami menggalakkan dan memudahkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Kami mempromosikan pertukaran pendidikan dan budaya. Kami juga menyokong Malaysia melalui program kerjasama dalam bidang termasuk keselamatan, alam sekitar, dan pendidikan.