Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir

  1. Misi
  2. Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir
  3. Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson
Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir

Lakhdhir menyertai Perkhidmatan Luar pada 1991.  Beliau pertama kali berkhidmat di Kedutaan A.S. di Riyadh, Arab Saudi (1992-1994), dan kemudian di Kedutaan A.S. di Jakarta, Indonesia (1994-1996).  Sekembalinya ke Washington, Lakhdhir ditugaskan di Sekretariat Setiausaha Negara, yang menguruskan perjalanan Setiausaha Negara ke luar negara.  Dari 1998 sehingga 2000, beliau adalah Timbalan Pengarah di Staf Penyelerasan Taiwan.  Semasa menjalani Pearson Fellowship selama setahun, Lakhdhir bekerja untuk Ahli Kongres Doug Bereuter (R-NE) sebagai staf Jawatankuasa Kecil tentang Asia dan Jawatankuasa Kecil tentang Dasar Monetari dan Perdagangan Antarabangsa.

Dari 2001-2005, beliau berkhidmat di Kedutaan A.S. di Beijing, dan kemudian menjadi Pembantu Khas kepada Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik (2005-2006). Dari 2007-2009, Lakhdhir merupakan pengarah Pejabat Maritim Asia Tenggara di Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Jabatan Negara, yang bertanggungjawab dalam hubungan A.S. dengan Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, dan Timor-Leste.  Dari 2009 hingga November 2011, Lakhdhir adalah Konsul Besar A.S. di Belfast, Ireland Utara.  Lakhdhir merupakan Penolong Eksekutif kepada Setiausaha bagi Hal Ehwal Politik dari bulan November 2011 hingga Oktober 2015.

Untuk membaca biografi penuh Duta Besar Lakhdhir, klik di sini.