Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson

  1. Misi
  2. Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir
  3. Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson

Dean Thompson merupakan ahli Perkhidmatan Luar Negara Kanan dan mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam diplomasi A.S. Sebelum bertugas di Malaysia, Thompson berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Misi di Kedutaan A.S. di Bucharest, Romania. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Konsul Jeneral A.S. di Kolkata, India, dan Ketua Bahagian Ekonomi dan Komersial Kedutaan A.S. di Colombo, Sri Lanka. Perkhidmatan lain Thompson di luar negara termasuklah di Kedutaan A.S. di Paraguay dan Bangladesh. Semasa ditempatkan di Washington, Thompson mengetuai beberapa pasukan untuk memberi sokongan langsung kepada Setiausaha Negara A.S. dan berkhidmat sebagai Pengarah Kakitangan Sekretariat Eksekutif, Timbalan Pengarah Pusat Operasi 24 Jam Jabatan dan Pengarah Staf Pengurusan Krisis Jabatan. Sebelum menyertai Perkhidmatan Luar Negara, beliau bekerja di Pejabat Setiausaha Pertahanan tentang isu pencegahan penyebaran senjata nuklear dan bantuan keselamatan A.S. kepada Republik Korea. Thompson mempunyai Sarjana Pengurusan Awam dari Universiti Maryland dan Sarjana Pengajian Keselamatan Nasional dari National War College A.S. Beliau berkahwin dengan Jane Thompson, seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak dengan kepakaran dalam intervensi dan pendidikan kanak-kanak dengan kelewatan dan ketidakupayaan perkembangan. Mereka mempunyai tiga orang anak.