Garis Panduan bagi Pertanyaan Media

Notis ini bertujuan menyediakan maklumat asas tentang bagaimana Kedutaan A.S. mengendalikan media, termasuk media Malaysia, media A.S., dan juga media asing.

Bahagian Media mengatur temu ramah dan menyediakan maklumat latar belakang dengan cepat. Pihak media juga boleh merujuk kepada Pusat Sumber Maklumat kami untuk mendapatkan maklumat semasa dan latar belakang tambahan.

Peraturan bagi Temu Ramah Media

Kedutaan A.S. menggunakan peraturan-peraturan asas berikut bagi interaksinya dengan pihak media. Takrif-takrif ini juga berkuat kuasa di Amerika Syarikat:

Secara rasmi bermaksud wakil media dibenarkan memetik kata-kata pegawai A.S. dan menyebut nama dan pangkat beliau. Biasanya, hanya Duta Besar atau jurucakap akan mengadakan temu ramah rasmi walaupun Ketua-ketua Bahagian kerap dipanggil untuk mendapatkan kepakaran mereka.

Secara latar bermaksud wartawan dibenarkan memetik kata-kata atau maklumat yang diberikan tetapi tidak boleh menggunakan nama atau pangkat pegawai berkenaan. Individu yang ditemu ramah biasanya dipetik sebagai “diplomat Amerika/Barat” atau “pemerhati asing” atau “sumber”. Istilah khusus yang akan digunakan perlu dicatatkan dengan jelas dalam peraturan asas.

Secara umum bermaksud tiada sebarang sumber boleh dikaitkan dengan maklumat yang diberikan, mahupun dinyatakan secara umum. Sebaliknya, frasa seperti “kami difahamkan bahawa…” atau “telah dibawa kepada perhatian kami bahawa…” boleh digunakan.

Secara tidak rasmi bermaksud wartawan tidak boleh menggunakan terus maklumat yang diberikan. Maklumat yang diberikan hanya untuk pengetahuan individu sahaja dan bukan bagi tujuan penerbitan atau siaran.